Monday, November 2, 2015

UJIAN KONKRIT 


PENGENALAN
    Ujian konkrit adalah sangat penting untuk memastikan konkrit yang dihasilkan bermutu serta memenuhi piawaian serta sesuai untuk pembinaan. Ujian bagi kawalan mutu konkrit ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ;
1.      Ujian terhadap konkrit baharu                                                                                                                         tujuan konkrit baharu dijalankan adalah untuk menentukan kebolehkerjaan konkrit. Ujian yang biasanya dilakukan ialah ujian penurunan.
2.      Ujuan terhadap konkrit keras                                                                                                          tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk menentukan kekuatan mampatan bagi konkrit.
    Kedua-dua hasil ujian ini akan dijalankan asas pertimbangan sekiranya berlaku sebarang kerumitan dalam memenuhi keperluan reka bentuk.                                                                                                                    

 




3 HASIL KEPUTUSAN UJIAN PENURUNAN.

     Antara jenis ujian penurunan ialah;

PENURUNAN SEBENAR
   Penurunan sebenar, iaitu konkrit berkualiti tinggi dengan kejeleketan dan campuran yang baik.
 

PENURUNAN RICIH
   Penurunan ricih, iaitu campuran yang mengandungi kurang simen dan tidak jeleket.

 

PENURUNAN RUNTUH
   Penurunan runtuh, iaitu konkrit yang bermutu rendah dengan nisbah simen yang berlebihan.
 


KEPUTUSAN UJIAN DIPENGARUHI OLEH FAKTOR YANG BERIKUT;
a)   Nisbah air simen yang digunakan
b)   Masa yang diambil selepas konkrit dibancuh. Bahan perlu segera diuji bagi mengelakkan air terhidrat.
c)    Alat yang digunakan perlulah berkeadaan baik, bersih dan kering.









UJIAN PENURUNAN 
   
             Ujian penurunan merupakan kaedah yang paling mudah dilakukan untuk mengukur kebolehkerjaan konkrit. Ujian ini boleh dilakukan terus ditapak binaan. Keputusan ujian dinilai dari segi keadaan penurunan secara fizikal. Tiga jenis penurunan yang boleh berlaku dalam ujian ini ialah penurunan sebenar, penurunan ricih dan penurunan runtuh.



PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK UJIAN PENURUNAN.

   FARASTEM
                        ROD PEMADAT
PLAT TAPAK                  
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwF0Xli_dtJQ6TY6LODAsVQOqfN82RAKsSoJJBx9m7mb8ucoth6MRbUiuPNoLuA24ra5n7zot4-0RhpUMM1Cvp3V_nYkUaYnWnGTGz9cnF00S5IQ1fEXzTXkkZp9tnBaTgaAIVD53BojZJ/s1600/pembaris+keluli.jpgPEMBARIS

·        FARASTERM
·        ROD PEMADAT
·        PEMBARIS
·        PLAT TAPAK

      

LANGKAH KERJA YANG DIJALAN UNTUK UJIAN PENURUNAN.

 
      Langkah kerja penurunan akan dipadatkan menggunakan rod sebanyak 25 kali bagi setiap lapisan. 
1.      Langkah pertama ,tuangkan konkrit yang masih basah kedalam farasterm dengan ketinggian 100mm dan mampatkan menggunakan rod pemadat sebanyak 25 kali.
2.      Langkah kedua, lakukan kerja sama seperti langkah yang pertama.
3.      Langkah ketiga juga serupa dengan langkah kerja kedua.
4.      Langkah keempat, konkrit mestihlah diratakan.
5.      Langkah kelima, angkat farasterm dan letakkan bersebelahan dengan ujian yang dilakukan.
6.      Langkah yang terakhir, ukur ujian penurunan yang berlaku.




UJIAN MAMPATAN

      Ujian mampatan lazimnya dilakukan pada kiub konkrit yang bersaiz 100mm x 100mm x 100mm atau 150mm x 150mm. Ujian ini dilakukan dengan menggunakan mesin ujian mampatan. Unit bacaan yangdiberikan oleh mesin mampatan adalah dalam p kN.




UJIAN MAMPATAN
MENGUJI KEKUATAN KONKRIT DENGAN MENGGUNAKAN  UJIAN KIUB. 

BAHAN DAN ALATAN YANG DIGUNAKAN,
1.      Acuan kiub konkrit
·         Berukuran 150mm atau 100mm
·         Diperbuat daripada keluli atau besi tuang
·         Permukaan dalamnya yanglicin.
·         Mestih mempunyai plat tapak daripada keluli untuk menyokong. 


2.      Rod pemadat
·         Keluli
·         Berdiameter 16mm dan panjang 600mm

3.      MESIN UJIAN MAMPATAN 
 
LANGKAH KERJA UJIAN KIUB.

     Langkah pertama,acuan dibersihkan dan disapu minyak gris untuk mengelakkan konkrit melekat pada kiub. Plat diapit dengan bolt dan nat.

 

    Langkah kedua, isikan konkrit sebanyak 3 lapisan. Setiap lapisan dihentam dengan rod sebanyak 25 kali. Static dan seragam ke seluruh permukaan.

 

     Langkah ketiga, permukaan konkrit diratakan supaya sama aras dengan acuan.

      Langkah keempat, kiub hendaklah dibungkus dengan plastic selama 24jam sebelum acuan ditanggalkan. 

     Langkah kelima, acuan kiub ditanggalkan,kiub direndam dalam air untuk tujuan kuring.

     Langkah terakhir, ujian kekuatan mampatan dijalankan pada konkrit berumur 7 hari, 14 hari dan 28 hari.
http://www.nlscientific.com/images/Concrete%20PIC/NL-4000-X_002_Digital-Compression-Test-Machine-2000kN2.jpg

PENGETAHUAN.
·         Nilai kekuatan setiap kiub perlu dicatatkan
·         Tujuan ujian konkrit selama 7 hari dan 14 hari ialah untuk meramal sama ada kekuatan yang dikehendakai pada 28 hari boleh dicapai atau tidak.

·         Konkrit mencapai kekuatan 70% pada hari ke 7. 

No comments:

Post a Comment